CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 30, 2008

Persembahan kami di Suria bersama Ahli Fikir! LIVE!

Kumpulan M.A.T.K dipilih oleh kumpulan terkenal hiphop Ahli Fikir untuk membuat persembahan di APM (Anugerah Planet Muzik).....Live di kaca televisyen.

Persembahan kami pada malam itu bertajuk Inilah Barisan Kita dimana kami menyanyi dan menari bersama mereka.

Dibawah ini ialah video yang M.A.T.K. dan Ahli Fikir.. Saya salah satu dari background Dancers.


http://youtube.com/watch?v=Up9OvQBSKPg



Inilah pengalaman yang saya tidak dapat lupakan=).. Beribu-ribu orang menyaksikan persembahan kami di Singapore Expo dan di televisyen. Saya cuma merasa gerun sedikit sahaja kerana sudah biasa membuat persembahan di hadapan ramai orang. Di Expo, saya dapat melihat bagaimana tv crew membuat kerja mereka.Saya harap dapat berjumpa mereka lagi.

Sunday, June 29, 2008

Celebrities-celebrities



Kumpulan menari saya, M.A.T.K Inc, dapat berjumpa celebrities-celebrities Suria dan banyak lagi.
Penyanyi kegemaran saya, yang dapat saya bertemu ialah Taufik Batisah, Hady Mirza, Siti Nurhaliza dan ramai lagi.. Yang paling banyak celebrities ialah penyanyi-penyayi.. Saya dapat jumpa ramai sekali celebrities..
Saya gemar bertemu celebrities ini semua. Saya mintak autograf mereka semua.. Saya mengambil banyak gambar bersama mereka. Ibu bapa saya sudah enyimpan gambar-gambarnya di satu koleksi.

Saya harap boleh berjumpa mereka lagi. =D



Kenal tak siapa celebriti itu?

Friday, June 27, 2008

Kegemaran Saya

Kegemaran yang saya paling suka ialah menari. Saya sangat suka menari kerana ia membuat saya bersenam, bergembira, destress dan banyak lagi. Dari umur 4 tahun, saya sudah belajar menari.

Sejak dari itu, saya banyak mengambil bahagian dalam Dance Competiton.





Kumpulan saya yang pertama, Mummy's Angels semasa umur saya 4 tahun [Suzana, Erliana, Atrisya]



Disini kami membuat persembahan untuk Jamiyah Singapura semasa menyambut hari kanak-kanak untuk anak yatim piatu dan mereka yang kurang bernasib baik.



Apabila saya sudah besar sedikit, kumpulan saya bertambah kepada 4 orang pula.Disini kami memasuki peraduan menari di Forum dan menang sebagai Champion. Saya paling suka kumpulan ini, Ma Kidz, kerana saya rasa 4 penari adalah cukup. (= (Empat orang)[+Syazlin]



Tak lama kemudian, kumpulan kami semakin ramai.Kumpulan namanya: M.A.T.K Inc.Kumpulan bergabung dengan tiga sepupu. Mereka sungguh hebat sebab itu ibu kami setuju untuk bersatu padu supaya kami dapat memasuki pertandingan yang memerlukan ramai orang. (7 orang) [+Zuhaili, Syazran, Shahiran]



Yang paling ramai sekali ialah kumpulan ini.Nama kumpulannya pun panjang: (MSAFTKB) (14 orang) Tetapi ini kumpulan sementara apabila kami memasuki peraduan untuk bahagian orang dewasa. Abang-abang dan kakak banyak mengajar hip-hop steps yang lebih canggih dan kool. =)


Inilah gambar sewaktu kami memenangi Dance work competition. Peraduan ini sungguh mencabar kerana ia susah hendak dimenangi. Kami mendapat hadiah yang lumayan. (Picture by Wansmoof)



Setahun yang lalu, saya terpaksa keluar dari kumpulan itu kerana peperiksaan saya semakin susah dan markah saya turun. Saya pun mencari masa untuk belajar dan lain-lain.

Bagaimanapun pengalaman ini banyak mengajar saya untuk berasa berani diri, berkawan, tentang salahnya merokok dan mengambil dadah, dan merasa belas kasihan terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Kami menari bukan saja untuk bersuka-suka tetapi untuk membuat amalan. Selain peraduan kami juga menari untuk Jamiyah Singapura, Darul Ma'wa, Children's Cancer Society dan lain-lain lagi.